Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
"Puan Lily, bolehkah _________________ menolong puan membawa barang-barang puan ini?" tanya Faizal kepada gurunya.
patik
saya
aku
hamba
"________________ hendak ke taman dan bersendirian di sana," kata Puteri Ratna Sari kepada dayangnya.
Patik
Saya
Beta
Baginda
"Masukkan buku-buku __________________ ke dalam kotak ini, " ujar Nina kepada Sarah.
awak
dia
kami
kalian
_________________ sedang membuat latihan tarian untuk persembahan di Istana Budaya pada minggu hadapan.
Mereka
Awak
Beliau
Dia
__________________ telah berkhidmat sebagai Pengarah Syarikat Bumi Jaya selama 30 tahun.
Mereka
Baginda
Beliau
Dia
Selepas puas berenang, ________________ makan bekalan yang dibawa dari rumah sambil berbual.
kita
saya
kami
awak
Sultan yang baharu dilantik itu mengharapkan rakyat jelata memberi sokongan yang padu di sepanjang tempoh pemerintahan _______________.
baginda
beliau
saya
dia
________________ sering memenangi pertandingan badminton kategori perseorangan kerana aksinya yang sangat lincah ketika bermain.
Mereka
Saya
Kami
Dia
'"________________ memohon agar segala usahaku membuahkan hasil," doa Yazid dengan penuh khusyuk.
Beta
Aku
Kami
Engkau
"Beta akan bebaskan _________________ hari ini dan beta berharap _________________ akan berkelakuan baik selepas ini," titah Sultan Indera Putra kepada perompak-perompak itu.
mereka
kalian
kamu
hamba
"Berani _______________ jejakkan kaki di rumah aku lagi," kata Zamri kepada Kamil dengan nada marah.
dia
kita
awak
engkau
"Saya harap ________________ semua akan siapkan tugasan ini dalam masa seminggu," ujar Encik Razlan kepada pelajar-pelajar beliau.
kamu
kalian
kami
kita
"__________________ perlu mendapatkan bukti bahawa Kumpulan Gagak Hitam terlibat di dalam kejadian rompakan semalam," tegas Inspektor Haliza kepada anak-anak buahnya.
Saya
Kami
Kita
Awak
Dalam perjalanan ke Seremban, ________________ telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang sangat mengerikan.
kami
kita
anda
kamu
"_________________ ini orang merantau yang datang dari jauh," ujar Kelana kepada Pak Deli sambil tersenyum.
Beta
Anda
Hamba
Patik
"Segala perintah tuanku akan ______________ laksanakan dengan segera," kata Laksamana Negeri Pancasari.
patik
hamba
beta
baginda
______________ dan Selvi berkawan baik sejak dari sekolah rendah lagi.
Engkau
Kita
Aku
Saya
"Patik berharap _____________ akan memperkenankan permintaan patik ini," rayu permaisuri kepada Sultan Aminuddin.
baginda
tuanku
beliau
beta
Papan tanda tersebut tertulis, '_____________ dilarang masuk ke kawasan ini.'
Awak
Kamu
Anda
Engkau
______________ sekeluarga masih bersedih sejak kematian ibu sebulan yang lalu.