Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
Puan Wizana menyuruh anaknya pergi membeli empat ______ sabun mandi.
bentuk
ikat
lembar
buku
Nicol David telah beberapa kali dinobatkan sebagai __________ Kebangsaan.
olahragawati
pramugari
seniwati
biduanita
Adik Nur Farahin telah berjaya __________ tempat pertama dalam pertandingan pidato itu.
menjuarai
menerima
merangkul
menghadiahi
Nawawi, Kim Seng, dan Nathan berusaha bersungguh-sungguh untuk __________ projek reka cipta itu.
mendirikan
menyiapkan
mengindahkan
membangunkan
Di __________ rumah Atoi terdapat se __________ anak sungai yang jernih airnya.
belakang ... batang
hadapan ... buah
penjuru ... baris
sisi ... pasang
Pilih ayat yang betul.
Di hari minggu, ayah membawa kami bersiar-siar.
Burung-burung terbang di sarang apabila senja tiba.
Para-para peserta dikehendaki melaporkan diri pagi esok.
Budak itu hanya tersengih apabila dipuji oleh kawan-kawannya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Saya tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu,. kata Faris kepada Hashim.
Faris memberitahu Hashim tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu.
Faris memberitahu Hashim bahawa dia tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu.
Faris berkata kepada Hashim bahawa dia tidak akan membeli kasut sukan yang mahal itu.
Faris menjelaskan kepada Hashim apabila dia tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Anak-anak muda hendaklah mahu berdikari. II Kegagalan projek itu disebabkan kekurangan modal. III Pada hari raya pelbagai kuih-muih dihidangkan. IV Jarinya sakit kerana pecah-pecah pada kulit luarnya.
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Kakak akan menunggu kawannya di stesen kereta api pagi esok. II Mereka masuk ke dalam dewan sebaris demi sebaris. III Semua guru-guru diwajibkan menghadiri seminar itu. IV Kata-kata cacian itu mengenai dirinya sendiri.
I dan II
II dan IV
I, II, dan III
I, II, dan IV
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
I Suasana amat tenang pada pagi yang permai ini. II Ketiga-tiga orang murid itu akan mendapat bantuan pakaian sekolah. III Mereka memulakan kerja pembersihan daripada sudut kanan. IV Berguni-guni beras telah dihantar ke pusat pemindahan.
I dan IV
II dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
“Lari! Lari! Ada orang mengamuk,” jerit Ganesh dengan termengah-mengah.
“Lari, lari, ada orang mengamuk!” jerit Ganesh dengan termengah-mengah
“Lari, lari! Ada orang mengamuk!” jerit Ganesh dengan termengah-mengah
“Lari! Lari! Ada orang mengamuk,” jerit Ganesh dengan termengah-mengah
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
Ketiga-tiga Adik Faezah, iaitu Hairi, Dina, dan Usman, masih belum bersekolah.
Ketiga-tiga adik Faezah, iaitu Hairi, Dina dan Usman, masih belum bersekolah
Ketiga-tiga adik Faezah iaitu Hairi, Dina, dan Usman masih belum bersekolah
Ketiga-tiga adik Faezah, iaitu Hairi, Dina, dan Usman, masih belum bersekolah
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
“Ahmad pergi beli sekotak serbuk pencuci Fab,” kata Puan Juriah.
“Ahmad, pergi beli sekotak serbuk pencuci Fab.” kata Puan Juriah.
“Ahmad, pergi beli sekotak serbuk pencuci Fab,” kata Puan Juriah.
“Ahmad, pergi beli sekotak serbuk pencuci Fab!” kata Puan Juriah.
SIMPULAN BAHASA
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah ini.
Dia pantas seperti ___________ apabila disuruh melakukan sesuatu kerja.
atas angin
lipas kudung
bidan terjun
lari-lari anak
SIMPULAN BAHASA
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah ini.
Sudah _____ Mak Jenab menasihati Kamal, tetapi dia masih degil.
berbuih mulut
buka mulut
rambang mata
makan hati
SIMPULAN BAHASA
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah ini.
Kejayaan Liza dalam pertandingan itu telah ________ orang-orang yang memperlekeh kebolehannya selama ini.
membuka mulut
membuka mata
membuka langkah
membuka pintu
Adib memelihara se_____ burung serindit dalam sangkar yang sama.
kumpulan
ekor
pasang
kawan
Pihak polis melepaskan tujuh ______ tembakan ke arah penceroboh itu.
das
butir
laras
pucuk
AYAT SAMA MAKSUD
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.
“Bersihkanlah meja makan itu,”suruh ibu kepada Ziana.
Ziana menyuruh ibunya membersihkan meja makan itu.
Ibu Ziana menyuruh Ziana membersihkan meja makan itu.
Ziana menyuruh ibu Ziana membersihkan makan meja itu.
Ibu Ziana menyuruh meja membersihkan Ziana makan itu.
AYAT SAMA MAKSUD
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.
Guru kelas telah memberitahu murid-murid supaya berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Kata guru kelas,”Murid-murid, berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan."
Kata guru kelas,”Supaya murid-murid berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan."
Kata guru kelas,”Menjawablah peperiksaan berhati-hati apabila disoal."
Kata guru kelas,”Kamu hendaklah menjawab soalan dengan berhati-hati di dalam peperiksaan."