Sila jawab semua soalan berikut. Jika anda salah, anda akan diberi panduan tetapi jika jawapan anda betul, anda boleh teruskan latihan ini.
Lori yang dipandu oleh Ah Leong _____________ kerana terlanggar pembahagi jalan ketika melalui selekoh yang tajam itu.
terbalik
berbalik
membalik
membaliki
Abang kedua Amin bekerja sebagai ___________ tetamu di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
menyambut
penyambut
bersambut
sambutan
Penduduk Kampung Sentosa bergotong-royong _________ sungai di kampong mereka untuk mengelakkan banjir.
mendalam
kedalaman
mendalami
mendalamkan
Kamal _______ apabila disuruh oleh ibunya membersihkan halaman rumah.
meradang
merengek
merenguh
merungut
Beberapa ekor kerbau sedang ________ di dalam sawah.
berkabung
berkubang
bertelagah
bergaduh
"Walaupun bukan pada musim perayaan, rumah saya sentiasa _____________ kepada orang ramai," kata wakil rakyat di kampung saya kepada penduduk kampung.
pembukaan
membuka
berbuka
terbuka
Para pengunjung begitu tertarik oleh ________ air Perigi Hang Tuah itu.
keputihan
kekeruhan
kejernihan
keharuman
Ahmad ______________ seribu bahasa apabila ditanya oleh guru matematiknya.
terbisu
berbisu
pembisu
membisu
Sekolah yang mempunyai pelajar yang berbilang kaum disarankan supaya mengamalkan nilai saling __________ dalam kehidupan seharian.
mengasihi
mengamati
menyayangi
menghormati
Pertandingan sayembara puisi di dewan itu ____________ hingga pukul 12.00 tengah malam.
terlarut
berlarut
berlarutan
dilarutkan
Mary telah dinobatkan sebagai _____________ yang paling cemerlang kerana berjaya menggondol sepuluh pingat emas yang dipertandingkan dalam acara balapan kegemarannya.
olahragawan
olahragawati
peragawati
peragawan
Bubur gandum yang panas itu ___________ sehingga membasahi dapur.
membuak
melimpah
merembes
menumpah
Tan Sri Zulkarnain sangat ______________ akan nasib mangsa banjir yang terpaksa tinggal di khemah sementara.
bersimpati
berkasihan
bersedihan
bergusaran
Mak Limah sering __________ di sekeliling rumahnya supaya nampak cantik dan kemas.
dirumputkan
merumputkan
merumput
berumput
Setelah berlari 10 kilometer, para pelajar meminta agar guru mereka membenarkan mereka berehat kerana _______________.
keletihan
kelesuan
kehausan
kepanasan
Lagu 'Negaraku' dan lagu sekolah _____________ oleh pelajar setiap kali perhimpuan rasmi.
nyanyian
dinyanyikan
nyanyi
menyanyi
Kakak _____________ surat dari abang yang belajar di luar negara itu untuk ayah kerana mata ayah sudah kabur.
membaca
dibaca
membacakan
bacaan
Tuan Pengetua mengucapkan ______________ tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan yang lalu.
tinggi
meninggikan
ditinggikan
setingi-tinggi
Pelbagai golongan ___________ telah menghadiri Simposium Intelek Melayu yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka hujung minggu lalu.
hartawan
dermawan
bangsawan
cendekiawan
Badan Pencegah Rasuah sentiasa berusaha untuk menangani ____________ rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.