Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi panduan jika betul, teruskan dengan latihan.
"_____________ hendak lanun-lanun itu ditangkap dengan segera ," titah sultan kepada Bendahara Tun Perak.
Hamba
Beliau
Beta
Dia
" Titah tuaku akan _____________ junjung ," sembah Bendahara Tun Perak kepada sultan.
patik
kita
saya
kami
" Mengapakah _____________ memanggil saya ?" tanya pelajar itu kepada Cikgu Hassim.
anda
cikgu
kamu
engkau
Kerana kerajinannya, maka _____________ mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun lalu.
beliau
mereka
dia
peserta
Beg tangan itu amat tahan kerana _____________ diperbuat daripada kulit tulen.
ia
alat itu
ianya
pakaian
"_____________ sedang menyediakan projek untuk mata pelajaran Sejarah, encik ," kata Rosnah dan Leela kepada pelawat yang sedang memperhatikan tingkah laku mereka.
Dia
Saya
Kami
Mereka
" _____________ akan melawat ke Pusat Karyaneka pada pagi esok sebagai lanjutan daripada pelajaran hari ini," kata Cikgu Samsul kepada pelajar-pelajar kelasnya.
Dia
Saya
Kami
Kita
" Hamba akan menghadap sultan esok sebaik-baik sahaja _____________ pulang ke istana daripada perburuan ," kata laksamana kepada rakan-rakannya.
hamba
patik
beta
baginda
Cerpen yang _____________ itu sungguh menarik.
kautulis
kau tulis
dikau tulis
kaumenulis
Semua pinggan itu telah _____________ basuh.
I saya II kami III dia IV mereka
I dan II
II dan III
II dan III
III dan IV
" _____________ nama kamu ?
Apa
Apakah
Siapa
Siapakah
Kakak kamu _____________ ?
mana
di manakah
manakah
siapakah
Jumlah kesemua buah itu _____________ ?
berapakah
berapa
apakah
apa
"_____________ nama ayam serama itu ? " tanya Sarojini kepada Azura.
Apa
Siapakah
Siapa
Apakah
" Orang yang baru datang tadi _____________ ?" tanya Kasim kepada Raju. I siapa II mana III siapakah IV manakah
I
I dan II
II dan III
III dan IV
Saya berada di _____________ sejak pukul 9.00 pagi tadi, " kata Aminah kepada Zul ketika bertemu dengannya di pusat sumber sekolah.
sana
situ
sini
atas
" Arnab ini datang dari _____________ tadi, " kata Samy kepada Hazimah. I sini II sana III situ IV mana-mana
I
I dan II
II dan III
II , III , dan IV
" Jaraknya dari _____________ ke bandar itu lebih kurang 2 kilometer sahaja ," jawab Asri kepada pelancongan itu.
sini
sana
situ
ini
" Dari manakah mak cik datang," tanya Minah kepada orang itu. " Mak cik datang dari pedalaman _____________ , " jawab orang itu.
situ
sini
ini
sana
" Di _____________ tidak ada wang," kata Ali kepada orang ramai yang lalu-lalang di situ, sambil menundingkan jari telunjuknya ke bawah.