Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
Jamilah membuang isi perut ikan itu hingga bersih lalu mencucinya dengan _________________.
air jeruk
asam jawa
gula batu
cuka getah
Kamil mengetahui rancangan kami apabila Johar yang _______________ itu telah memberitahu perkara tersebut kepada seorang rakan karibnya.
gatal mulut
pecah mulut
buah mulut
mulut murai
Banyak orang yang mengatakan bahawa __________________nya adalah dari keturunan Sultan Melaka.
kaum kerabat
gagah berani
adat istiadat
nenek moyang
Orang ramai dinasihati, supaya tidak mudah terpengaruh oleh promosi barangan ______________ ketika musim perayaan.
harga borong
harga runtuh
harga murah
harga runcit
Selain menjual emas kuning, Kedai Emas Rahman itu ada menjual __________________.
hati emas
emas putih
anak emas
emas muda
" _______________ mereka sudah tahu kita berada di sini." kata Zamani kepada Saif.
Boleh jadi
Lambat laun
Sekali sekala
Acap kali
Sudah hampir satu jam setengah saya menunggu Nurul, namun _______________ nya pun masih belum nampak.
air muka
tubuh badan
gila bayang
batang hidung
Calon angkasawan yang terpilih itu akan menjalani latihan di suatu kawasan yang keadaannya seolah-olah sama seperti berada di ___________________ yang sebenar.
udara mampat
atas angin
ruang angkasa
luar negara
Golongan wanita dinasihati agar tidak keterlaluan dalam memakai _______________.
barang kemas
barang mewah
barang pusaka
barang dagangan
Pihak-pihak yang bertelagah itu telah mencapai ________________.
kata dasar
kata bual
kata sepakat
kata hikmat
Buruh-buruh di tapak pembinaan itu akan dibayar__________________.
makan gaji
gaji pokok
orang gaji
gaji bulan
Malaysia telah dipilih sebagai _______________ bagi persidangan OPEC pada hujung tahun depan.
tuan muda
tuan tanah
tuan rumah
tuan besar
Kebanyakan kenderaan berat gemar menggunakan jalan persekutuan sebagai ______________ bagi mengelakkan bayaran tol.
jalan tengah
jalan pintas
jalan keluar
jalan mati
Peserta kuiz yang tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir turut diberikan __________________.
buah hati
sagu hati
patah hati
mata hati
Kawasan hutan di belakang tapak pembinaan itu menjadi ________________ pendatang tanpa izin.
tempat peranginan
tempat lahir
tempat tinggal
tempat asal
Kejadian pembunuhan di kawasan Taman Melia itu masih menjadi _____________________ kepada penduduk setempat.
tanda harga
tanda tanya
tanda soal
tanda mata
Farid telah mencurahkan ____________________ yang terpendam kepada pihak pengurusan syarikat.
lubuk hati
buah hati
isi hati
kata hati
Kakak melemparkan ____________________ sambil memujuk adik yang sedang menangis.
senyum kucing
senyum kambing
senyum simpul
senyum mesra
" Masakan ______________ nya laris pada musim hujan begini," kata Zaid kepada Farihin.
air batu
pisang goreng
tepung tawar
cili padi
Tuan Haji Amin mengarahkan pekerjanya memusnahkan lalang yang semakin tebal di ladang kelapa sawitnya denagn menggunakan __________________.