Akibat ............................ Rashid hilang pekerjaannya lantaran terlibat dalam kes rasuah.
air muka
cepat tangan
gelap mata
lidah biawak
Encik Ahmad menggunakan kedudukan isterinya sebagai ......................... untuk mendapatkan tender membuat longkang itu.
buah hati
cahaya mata
batu loncatan
ayam tambatan
Setelah berjawatan tinggi, kini Hamid ........................... Dia sanggup membiarkan ibunya melarat di kampung.
lupa daratan
hidung tinggi
rambang mata
cekal hati
Baju kurung dan tudung yang berwarna biru itu laksana ........................ apabila dipakai oleh Azura.
bagai pinang dibelah dua
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
laksana kunyit dengan kapur
Penagih dadah itu ................................ dan tidak dihiraukan oleh sesiapa pun.
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
seperti sampah hanyut
seperti embun dihujung rumput
seperti abu di atas tunggul
Selepas di dapati tidak bersalah oleh pihak polis Chin Yong segera pulang ke rumahnya. Keadaan Chon Yong ini diibaratkan .........................................
bagai kacang lupakan kulit
tidak dapat tanduk, telinga dipulas
talam dua muka
bagai kumbang putus tali
Puteri raja itu ................................................. kerana tidak bebas untuk bergaul dengan rakyatnya.
seperti api dalam sekam
umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
talam dua muka
seperti embun dihujung rumput
Ibu manasihati abang supaya jangan mengikut kata hati semasa memandu di jalan raya, kerana ...................................
ikut hati mati, ikut rasa binasa
harimau mati meningggalkan belang, manusia mati meningggalkan nama
biar putih tulang, jangan putih mata
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senng kemudian
Zarul berbuat baik kepada Encik Samsul kerana ................................... , iaitu ia hendak memikat anaknya.
ada udang di sebalik batu
menyelam sambil minum air
air mudik sungai, semua teluk diranai
air dicincang tidak akan putus
Permusuhan antara kedua-dua adik-beradik itu akhirnya dapat didamaikan. Keadaan ini dikatakan ......................................
lepas dari mulut buaya, masuk mulut harimau
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
air dicincang tidak akan putus
kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Pihak polis menasihati anak-anak muda terutamanya anak-anak gadis supaya menjaga diri mereka apabila melalui kawasan sunyi. Mereka seboleh-bolehnya perlu mengelakkan kawasan tersebut kerana .......................
nasi sudah menjadi bubur
sarang tebuan jangan dijolok
lepas dari mulut buaya, masuk mulut harimau
untung sepanjang jalan, malang sekelip mata
Sambil memeriksa buku latihan pelajar-pelajarnya, Cikgu Ahmad menonton televisyen. Perbuatannya itu dikatakan .............................
belakang parang akalau di asah akan tajam juga
masa itu emas
alang-alang mandi biar basah
menyelam sambil minum air
Datuk Onn Jaafar telah berjaya menyatupadukan orang Melayu pada tahun 1946 bagi menggagalkan rancangan Inggeris menjajah Tanah Melayu melalui rancangan Malayan Union. Beliau percaya dengan kata-kata hikmat ..............................
bersatu teguh, bercerai roboh
hilang bahasa, lenyaplah bangsa
muafakat membawa berkat
bahasa jiwa bangsa
Manusia berlumba-lumba mencari ilmu kerana ......................
hidup ini suatu perlumbaan
bertangguh itu pencuri masa
ilmu pelita hati
membaca itu jambatan ilmu
Walaupun hujan lebat, namun Johan menunaikan janji untuk pergi menemui Malik kerana baginya .....................................
bertangguh itu pencuri masa
kata dikotakan
hidup ini suatu perlumbaan
pandu cermat jiwa selamat
baharin bersikap .................... apabila Leman dan Daud bergaduh.
atas pagar
cepat tangan
dalam tangan
jauh hati
Keadaaan Encik Tan tinggal .......................... sahaja sejak dimasukkan ke hospital tiga hari yang lalu.
makan suap
mandi peluh
makan angkat
nyawa-nyawa ikan
Kecantikan Rosnah .................................... tambahan pula apabila dia memakai baju kurung.
bagai pinang dibelah dua
bagai bulan dipagar bintang
laksana kunyit dengan kapur
bagai menatang minyak yang penuh
Saya tidak menyangka akan berbaik dengan ayah semula. Benarlah kata pepatah ........................................
betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
orang lain yang makan nangka, orang lain kena getahnya