Sila pilih jawapan yang tepat. Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
Shairah tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari kerana ......................... ibunya yang terlantar sakit.
menjaga
membela
merawat
memelihara
Akibat .................. wang pada hujung bulan, Raju terpaksa meminjam wang daripada Lim.
kesempitan
kecukupan
kecetekan
ketiadaan
Flora dan fauna kian .......................... akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal.
habis
hapus
pupus
musnah
Suasana .......................... di kota semakin reda menjelang tengah malam.
huru-hara
riuh-rendah
kacau-bilau
hiruk-pikuk
"..........................., Puan Rahayu sekeluarga rupa-rupanya yang datang ke rumah kita!" kata ibu kepada ayah.
Oh
Nah
Aduh
Amboi
Sebanyak 20 unit rumah kos rendah akan dibina di kawasan itu .............................. mangsa-mangsa bencana tsunami.
kepada
untuk
demi
pada
Kuih yang dibuat oleh kakak itu manis seperti ................................ .
hempedu
garam
cuka
gula
Semua ..................................... Muslim diwajibkan memakai tudung apabila berada di dalam kawasan kampus.
mahasiswa
mahasiswi
mahaguru
maharaja
Lelaki yang ........................................ itu bukan sahaja telah menderma sebuah komputer untuk saya, tetapi juga untuk murid-murid miskin yang lain.
seniman
budiman
peragawan
bangsawan
Rumpun-rumpun padi Pak Cik Salim habis .............................. dilanyak oleh kerbau peliharaan Pak Cik Rahman.
tumbang
runtuh
rebah
jatuh
Nabila membeli buah-buahan sebagai .......................................... untuk dibawa semasa melawat rakannya dihospital.
buah tangan
buah hati
buah mulut
buah pena
Tin susu tepung itu ........................................ apabila terjatuh di atas lantai.
patah
putus
kemek
bengkok
....................................... tidak dibenarkan pulang selagi ibu bapa kamu tidak datang.
Dia
Kita
Beta
Kamu
Anak-anak Mak Lijah yang baru balik dari sekolah memakan hidangan tengah hari di atas meja itu sehingga ................................... .
gopoh-gapah
riuh-rendah
kacau-bilau
licin-licau
.......................................... itu sedang menyusun gambar-gambar pengantin di dalam album.
Jurubahasa
Jururawat
Jurulatih
Jurugambar
Tujuan kursus usahawan muda itu diadakan adalah ............................................... melatih para belia yang berminat ........................................ bidang perniagaan.
untuk ... pada
untuk ... dalam
bagi ... tentang
dengan ... bagi
..................................... yang tidak keluar dari bangunan ketika latihan kebakaran diadakan akan didenda.
Seseorang
Bila-bila
Sesiapa
Apa-apa
Ranjini membaling ...................................... nasi ke tanah untuk dimakan oleh anak-anak ayam itu.
selonggok
sekepal
seketul
setimbun
Puan Rohaya bersengkang mata setiap malam untuk ............................................. baju-baju tempahan sebelum hari raya.
menyiapkan
menghabiskan
melengkapkan
menghiaskan
Pihak kerajaan sedang giat mengadakan kempen ........................................... di seluruh negara.