Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan seterusnya. PASTIKAN ANDA MEMAHAMI KONTEKS ATAU MAKSUD SETIAP AYAT DENGAN BETUL SEBELUM MULA MENJAWAB.
"Besarlah harapan .....................sekiranya tuan dapat hadir ke majlis itu nanti," kata Osman kepada Pegawai Daerah Kulim.
kita
kami
kalian
anda
Para ...................diseru supaya menghasilkan tulisan yang bermutu tinggi.
karyawan
sejarawan
bangsawan
budayawan
..................sedia menurut segala titah," sembah Penghulu kepada Sultan.
Patik
Hamba
Tuanku
Baginda
Aliran air tersekat-sekat apabila melalui kawasan .................... itu.
alur
lereng
jurang
lembah
................... itu telah bertungkus-lumus mencari maklumat untuk disiarkan dalam akhbar.
Juruberita
Jurucakap
Juruacara
Juruhebah
................ perlu membantu mereka yang menghadapi kesusahan," nasihat cikgu Amran kepada pelajar-pelajarnya.
Kalian
Kami
Anda
Kita
Para ....................... perlulah menyumbangkan idea dan kepakaran kepada pelbagai pihak dalam usaha memajukan negara ini.
jutawan
hartawan
sukarelawan
cendekiawan
Jasica merupakan .................. yang sering memperagakan pakaian pakaian ciptaan pereka fesyen terkenal, Ridhuan Shah.
seniwati
biduanita
pramugari
peragawati
....................... majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang itu melakukan beberapa kesilapan ketika menyebut nama-nama pemenang.
Juruulas
Juruacara
Juruhebah
Jurubahasa
Walaupun gadis itu anak seorang ....................... yang terkenal tetapi dia tidak gemar membaca karya-karya ayahnya kerana dia meminati bidang kejuruteraan.
jutawan
sasterawan
negarawan
wartawan
".................. akan mengiringi baginda sultan ke Majapahit," kata Laksamana Tuah kepada Temenggung Tahir.
Beta
Patik
Hamba
Tuanku
....................itu berbisik-bisik sesama sendiri apabila melihat pemuda yang saling tidak tumpah seperti penyanyi pujaan mereka.
Anak muda
Kumpulan gadis
Kalangan wanita
Golongan perempuan
Golongan ................. dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat kerana darjatnya.
biduan
hartawan
dermawan
bangsawan
............... sukan sedang membuat liputan perlawanan bola sepak secara langsung dari Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Jurucakap
Juruacara
Jurulatih
Juruulas
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah menyeru para ................... supaya menghasilkan skrip filem yang bermutu untuk meningkatkan industri filem Malaysia.
sejarawan
karyawan
budayawan
bangsawan
"Saya ingin memaklumkan bahawa ................ akan ditugaskan ke Kota Kinabalu bermula minggu hadapan,"kata Encik Murad kepada pekerja baharunya.
awak
anda
kalian
kamu
Sebelum ekspedisi itu bermula, semua peserta diberi ................. tentang pentingnya mematuhi peraturan di hutan.
ucapan
kalimat
ceramah
taklimat
Kerana .................., Ahmad enggan menerima upah atas pertolongan yang diberikan.
amanah
setia
jujur
ikhlas
Pada setiap hari, Puan Lee menghantar anak..... ke sekolah.
ia
nya
aku
dia
Golongan miskin tidak pernah dilupakan. ............................ diberi bantuan oleh kerajaan .